Privasi Polisi JomInfaq

Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana pihak kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda yang diperolehi menerusi penggunakan laman web (JomInfaq.com) dan aplikasi mobil JomInfaq and perkhidmatan yang kami tawarkan.

Sila baca terma dan syarat kami di http://www.jominfaq.com/terma sebelum menggunakan laman web dan aplikasi mobile kami. Dengan menggunakan laman web dan aplikasi mobile JomInfaq, anda menyatakan persetujuan terhadap segala langkah dan polisi yang dirangkumkan di dalam Polisi Privasi dan Terma & Syarat kami (termasuk sebarang perubahan dari masa ke semasa). Jika untuk apa-apa sebab anda tidak bersetuju dengan polisi dan terma kami, sila berhenti menggunakan laman web dan aplikasi mobile JomInfaq.

Maklumat Anda

Apabila anda mendaftar akaun dengan JomInfaq di laman web atau di aplikasi mobil, anda bersetuju bahawa maklumat anda dikumpul dan disimpan secara automatis oleh sistem, bertujuan membantu memudahkan proses infaq anda, juga untuk menganalisa maklumat demografik pengguna kami bagi memperbaiki perkhidmatan kami untuk semua pengguna. Maklumat anda turut disimpan oleh penyedia sistem pembayaran atas talian kami, senangPay bagi tujuan semakan pelaporan urusan kewangan dan teknikal anda.

Penjejakan

Pihak JomInfaq juga mungkin menggunakan teknologi penjejakan dan pengumpulan data pada sistem mobil dan browser anda seperti berikut:

  • Google Analytics untuk menjejak pergerakan anda di laman web JomInfaq
  • Mobile cookies untuk meningkatkan 'user-experience' anda.