Terma & Syarat JomInfaq

Laman ini dimiliki dan dikendalikan oleh JomInfaq.com. Penggunaan laman web dan aplikasi mobile JomInfaq adalah tertakluk kepada terma dan syarat ("Terma dan Syarat") pada halaman ini, dan semua undang-undang yang berkenaan. Dengan mengakses dan melayari laman web dan aplikasi JomInfaq, anda menerima, tanpa batasan atau kelayakan, Terma dan Syarat ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana Terma dan Syarat di bawah, anda disarankan untuk berhenti menggunakan laman web dan aplikasi mobil JomInfaq. JomInfaq.com berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengubahsuai, mengubah atau memperbaharui Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dan dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan pengubahsuaian, perubahan atau kemaskini sedemikian.

Hakcipta

Dokumen dan maklumat di laman web dan aplikasi mobil JomInfaq adalah hak cipta JomInfaq.com. Maklumat hak cipta yang terkandung dalam domain ini tidak boleh diterbitkan, diedarkan atau disalin secara terbuka dalam apa jua cara, termasuk Internet, e-mel, media sosial, atau dicetak semula. Tiada tuntutan hak cipta dibuat pada mana-mana perisian pihak ketiga, laman web, imej atau teks yang boleh dirujuk dalam bahan kami. Dengan menyalurkan sumbangan dan membuat transaksi meenrusi aplikasi mobile Jom Infaq, anda bersetuju untuk terikat oleh terma hak cipta ini.

Polisi Pemulangan Wang

Sebarang transaksi infaq yang telah dilakukan menerusi aplikasi mobile JomInfaq TIDAK akan boleh dipulangkan memandangkan jumlah per transaksi tidak melebihi RM500 per transaksi.